Saturday, April 5, 2025

Recipe - Brownies Kedut

 

 

 Bahan-bahan A 
  • 1/2 cawan mentega 
  • 1 cawan dark / milk chocolate Beryl’s 

Bahan-bahan B 
  • 1 cawan gula perang 
  • 2 biji telur gred A 

Bahan-bahan C 
  • 1 cawan tepung gandum 
  • 1/4 sudu teh baking powder 
  • 2 sudu besar serbuk koko 
  • 1 cubit garam 

Cara buat brownies 
  1. Cairkan coklat menggunakan kaedah double boiler. Apabila coklat sudah cair, masukkan mentega dan kacau sehingga cair. Biarkan suam. 
  2. Pukul semua bahan B hingga sebati dalam 3 minit. Tidak perlu hingga kembang, hanya menggunakan whisk atau senduk. 
  3. Ayak semua bahan C. 
  4. Masukkan adunan bahan A ke dalam adunan bahan B. Kacau sebati menggunakan whisk hingga menjadi likat. 
  5. Kemudian, masukkan bahan C dan kacau sebati guna senduk. Kaup untuk bagi sekata sahaja, jangan terlebih kacau. 
  6. Sapukan mentega pada loyang 8′ x 8′. Alas dengan baking paper dan sapukan lagi mentega. 
  7. Panaskan oven pada suhu 160°c. Bakar dalam 40 minit. 
  8. Bila sudah siap, jangan terus keluarkan. Buka sedikit pintu oven untuk bagi brownies berkedut.



No comments:

Post a Comment

Cara Jadikan Journaling Sebagai Tabiat Harian

    Cara Jadikan Journaling Sebagai Tabiat Harian  Menulis jurnal setiap hari bukan tentang disiplin semata-mata — tapi tentang membina rua...