Showing posts with label Recipe. Show all posts
Showing posts with label Recipe. Show all posts

Sunday, August 23, 2026

Recipe - Sotong Masak Lemak Serai

 

 


Resipi Sotong Masak Lemak Serai

Bahan-bahan 

  • 5-7 ekor sotong
  • 1 biji kelapa (santan) 
  • 4 biji bawang merah*
  • halia (size ibu jari) *
  • 1 ulas bawang putih*
  • serai (diketuk)
  • bawang besar (dipotong wedges) 
  • gula 
  • garam
  • serbuk perasa
  • lada hijau

 

Cara membuat: 

  1.  tumbuk / kisar bertanda * 
  2. masukkan bahan tadi kedalam periuk bersama santan
  3. biarkan santan mendidih
  4. setelah mendidih, masukkan serai, sotong, bawang besar, sedikit garam, gula dan serbuk perasa
  5. akhir sekali masukkan lada hijau. kacau sebati dan siap


Sunday, August 16, 2026

Recipe - Sambal Putik Pauh (Mangga Muda)

 

Sambal Putik Pauh

Bahan Bahan 

  • 2 ekor ikan selayan/sardin (dipanggang/rebus/goreng) 
  • mangga muda secukupnya
  • 6 biji cili padi
  • garam secukup rasa


Cara membuatnya : 

  1. bersihkan cili, buang tangkai dan tumbuk menggunakan lesung
  2. tumbuk cili sedikit kasar, kemudian masukkan garam secukupnya. jika suka sambal sedikit manis, boleh letak sedikit gula
  3. tumbuk lagi sehingga cili lumat
  4.  masukkan hirisan mangga muda (diracik bersama kulit) secukupnya
  5. tumbuk sedikit mangga tadi supaya sebati dengan cili
  6. masukkan isi ikan yang telah diasingkan tulangnya
  7. tumbuk sehingga semua bahan sebati & rata

 

Sunday, August 9, 2026

Recipe - Ice Cream Gebu

 

Resipi Aiskrim Gebu


Bahan Bahan 

 1 tin susu cair

2 sudu makan susu pekat

1 sudu makan ovelette

1 sudu teh esen vanila


Cara buat : 

  1. campurkan semua bahan dan pukul sehingga gebu
  2. bahagi kepada beberapa bahagian dan warnakan mengikut kreativti 
  3. simpan dalam peti sejuk beku semalam sebelum makan 


Sunday, August 2, 2026

Recipe - Sambal Ikan Bilis Garing

 

Resipi Sambal Bilis Garing


Bahan-Bahan

  • ikan bilis halus
  • tempe atau kacang
  • lada/cili kering (jumlah ikut kepedasan & cita rasa masing masing)
  • 1 kiub pati ikan bilis / secukup rasa
  • gula secukup rasa

Cara Memasak

  1.  goreng semua bahan diatas (kecuali pati ikan bilis & gula) satu persatu sehingga garing.
  2. angkat dan tos minyak menggunakan tisu dapur
  3. kisar cili kering yang digoreng tadi. pastikan cili digoreng garing jika tidak ia sukar dikisar menjadi empung kerana teksturnya yang liat. bijinya boleh dibuang atau dikisar bersama
  4. panaskan kuali dengan sedikit minyak lebihan gorengan tadi. masukkan kiub pati ikan bilis atau secukup rasa. goreng guna api sederhana
  5. kacau sambil hancurkan kiub tadi. biar ia berbuih manja
  6. masukkan cili flakes (cili kering kisar)
  7. tambajkan semua bahan wajib yang lain. masukkan juga 1 sudu gula. gaul rata hingga sebati. angkat.
  8. setelah sambal sejuk, simpan dalam balang kedap udara. 


Monday, July 27, 2026

Recipe - Nasi Goreng Kampung

 


Nasi Goreng Kampung

Bahan-bahan nasi goreng kampung: 
  •  1 sb Ikan bilis 
  •  2 ulas Bawang Putih 
  • 6-7 biji Cili Padi 
  • 1 inci Belacan 
  • 1 biji Bawang Besar 
  • Garam 
  • Kangkung 
  • 2 cawan Nasi 
  • Ikan Bilis (digoreng sehingga garing terlebih dahulu) 

 Cara-cara membuat nasi goreng kampung: 
  1.  Tumbuk ikan bilis, bawang putih, cili padi, belacan dan bawang besar. 
  2.  Panaskan sedikit minyak (lebih sedap gunakan minyak lebihan goreng ikan bilis) dan tumis bahan yang telah ditumbuk sehingga naik bau. 
  3.  Masukkan garam secukupnya dan kangkung. Kacau sebentar. 
  4.  Kemudian, masukkan nasi dan kacau sehingga sedikit garing. 
  5.  Akhir sekali, masukkan ikan bilis yang telah digoreng garing tadi dan kacau sebentar. Siap untuk dihidangkan.


Monday, July 20, 2026

Recipe - Homemade Daging Burger

 

 

Homemade Daging Burger

BAHAN-BAHAN: 
  •  2 ketul dada ayam @ daging 
  • 2 ketul kentang@carrot 
  • 2 biji telur 
  • 1 labu bawang besar 
  • 1 sudu teh lada hitam 
  • 1 sudu teh lada putih 
  • 1 sudu teh garam 
  • 1 sudu teh hilal @ kiup ayam 
  • 1 sudu teh serbuk soda * 
  • 3 sudu teh tepung gandum * 
  • 2 sudu teh tepung ubi.* 

 CARA MEMASAK: 
  1.  Kisar semua bahan-bahan kecuali yang bertanda ( * ). 
  2. Gaul sebati dan masukkan dalam bekas. 
  3. Kemudian campurkan dengan bahan-bahan yang bertanda (*). 
  4.  Masukkan adunan ke dalam acuan bulat ( yang biasanya digunakan untuk menggoreng telur ).
  5.  Lapik di bawah acuan dan kukus 15-20 minit. 
  6. Setelah masak, sejukkan daging burger dan bolehlah dibakar atau digoreng. 


 Nota: jika mahu simpan frozen, lapik setiap kepingan daging dengan menggunakan plastik agar ia mudah dikeluarkan dan tidak melekat.


Monday, July 13, 2026

Recipe - Siakap Stim Halia

 

 

Siakap Stim Halia

bahan-bahan : 
  •  1 ekor ikan siakap (disiang dan dibersihkan)
  •  6 ulas bawang putih (dihiris halus) 
  •  2 inci halia (dihiris halus) 
  •  2-3 biji limau nipis (ambil jusnya) 
  •  1 sudu makan sos ikan 
  •  sedikit air garam 
  • hirisan daun sup 
  •  3-4 biji cili api (dihiris/diketuk) 

 Cara-cara : 
  1.  Sediakan pengukus. Jerangkan airnya. 
  2.  Lumurkan ikan dengan garam secukupnya dan letak di dalam bekas tahan panas. 
  3.  Kemudian taburkan bawang dan halia yang sudah dihiris tadi di atasnya. 
  4.  Kukus sehingga 1/2 masak. 
  5.  Setelah itu, masukkan sos ikan, sedikit air, cili padi dan jus limau nipis. Kukus lagi hingga masak. 
  6.  Setelah masak, taburkan daun sup dan biarkan ia merenih sebentar. Hidangkan bersama nasi putih.


Monday, July 6, 2026

Recipe - Churros & Sos Chocolate

 

 

Churros & Sos Chocolate

Bahan – bahan: 
  •  Bahan – bahan untuk membuat churros: 
    •  1 cwn air* 
    •  1 sudu gula* 
    •  sedikit asen vanila* 
    •  1 sudu marjerin/butter 
    •  1 cwn tepung gandum 
    •  1 biji telur 
    • gula castor (salut churros) 
  •  Bahan – bahan untuk membuat sos coklat: 
    •  bar coklat 
    •  susu cair 
    •  mentega 

 Cara – cara memasak: 
  •  Cara – cara memasak churros: 
    1.  Satukan dan masakkan bahan bertanda * sampai gula larut. 
    2.  Masukkan marjerin sampai cair. 
    3.  Masukkan tepung kacau sampai sebati dan jangan berketul. 
    4. Tutup api. Masukkan telur. Kacau sehingga sebati. 
    5.  Masuk adunan dalam piping. Apabila sudah piping, bolehlah digoreng. 
    6.  Toskan minyak dan salutkan bersama gula castor. 
  •  Cara – cara memasak sos coklat: 
    1.  Double boil kan coklat bar. Apabila sudah cair, masukkn susu sejat dan kacau sehingga sebati Masukkan marjerin.


Monday, June 29, 2026

Recipe - Puding Kek Batik

 

 

Bahan Utama 
  • 1 tin Susu Isian Sejat F&N 
  • 1 tin air 
  • 2/3 cwn Susu Krimer Manis Bervitamin F&N
  • 3 sb serbuk koko
  •  1 pek / 10g serbuk agar-agar 
  • 1 sb tepung jagung
  • 200g coklat masakan gelap 
  • 1 sb mentega (pilihan)
  •  1/2-1 pek biskut marie 

Cara Buat Puding Kek Batik 
  1.  Kacau sekata susu isian sejat, air, susu krimet pekat manis, serbuk koko, serbuk agar-agar dan tepung jagung. 
  2. Masak atas api perlahan sampai naik wap. 
  3.  Bila dah mendidih, tutup api kemudian masukkan dark chocolate dan butter. Kacau sampai adunan suam sikit.
  4.  Basahkan sikit acuan (baking dish size 9x3 inci). 
  5.  Senduk masuk 4-5 senduk adunan pudding kemudian lapis dengan biskut. 
  6. Ulang lapis dengan adunan pudding dan biskut sampai habis. 
  7. Sejukkan 1-2 jam atau semalaman sebelum hidang.


Recipe - Puding Roti

 

 

Puding Roti

Bahan Untuk Pudding Roti 
  • 5 keping roti putih / sandwich 
  • 4 cwn / 950ml air 
  • 1 pek / 10g serbuk agar-agar 
  • 1 biji telur 
  • 1 cwn / 237ml susu cair 
  • 1/2 cwn / 120ml susu pekat 
  • 1/2 cwn / 100g gula 
  • 1/4 sk garam
  • 1 sk esen vanila
  •  Pewarna makanan  

Untuk Pudding Roti 
  1. Koyak kasar roti dan masukkan dalam blender. Masukkan jugak air (3 cawan air), serbuk agar-agar dan telur. Kisar semua bahan sampai halus. 
  2.  Masukkan dalam periuk susu pekat, gula, garam, bahan kisar halus, 1 cawan air (kocak blender, kasi bersih bahan kisar tadi) dan susu cair (boleh ganti susu full cream kalau suka). 
  3. Bukak api sederhana dan kacau perlahan. Masak sampai agar-agar larut, pekat dan tak berketul. 
  4. masukkan esen vanila (pilihan). Kalau sensitif dengan bau telur boleh letak sikit esen vanila untuk hilangkan bau hanyir telur. 
  5. Bila adunan dah pekat (adunan melekat pada spatula) dan naik buih sikit, terus tutup api. 
  6.  Tapis adunan untuk pastikan tak ada ketulan. 
  7.  Untuk warnakan pudding,  letak 2 saja warna 1 lagi warna asli adunan atau putih. Berapa jenis warna tu ikut pilihan anda. 
  8. Bahagi adunan kepada 3 bekas sama banyak. 
  9. Masukkan pewarna pilihan anda dalam adunan yang telah dibahagi tadi. saya guna warna merah dan warna biru. Kacau adunan sampai sebati. 
  10.  Tuang masuk adunan dalam bekas secara berselang seli. 
  11. Sejukkan dalam peti sejuk 3-4 jam atau semalaman.


Monday, June 22, 2026

Recipe - Ikan Kembung Singgang

 

 

Ikan Kembung Singgang 

Bahan 
  • Serbuk perasa, jika suka 
  • 8 ekor ikan kembung 
  • Sedikit kunyit 
  • Sedikit garam 
  • 3-4 cawan air 
  • 1 batang serai 
  • 1 inci halia 
  • 2 ketul kunyit hidup 
  • 1 inci lengkuas 
  • 1-2 keping asam gelugor 
  • 4 ulas bawang putih 
  • 2 biji bawang merah kecil 
  • 6 tangkai cili padi 
  • 1 biji tomato (pilihan) 
  • Sedikit ikan bilis (pilihan) 
  • Sayur bendi 
  • Garam & gula secukup rasa 

Untuk Ikan Singgang 
  1.  Potong nipis halia, kunyit hidup, bawang putih dan bawang merah.
  2.  Ketuk sikit lengkus dan serai biar pecah sikit. 
  3. Kunyit hidup potong kasar, tumbuk halus dengan sedikit garam kemudian lumur pada ikan (boleh ganti serbuk kunyit). Perap sekejap ikan. 
  4.  Potong tangkai bendi dan cili padi , Tomato belah 4. 
  5. Ikan bilis kupas dan buang perut. 
  6. Masukkan air, serai, halia, lengkuas, kunyit hidup dan ikan bilis dalam kuali. Masak sampai mendidih. 
  7. Masukkan hirisan bawang putih, bawang merah dan asam gelugor. 
  8. Bila dah mendidih masukkan garam, gula dan bendi. 
  9. Bila bendi dah layu, masukkan ikan kembung dan perlahan api. 
  10. Bila ikan kembung dah masak, tabur cili padi dan tomato. Kemudian cepat-cepat tutup api. 
  11.  Boleh tambah garam, gula dan serbuk perasa jika suka. 


Recipe - Sundubu Jjigae (Korean)

 


Sundubu JJigae  (Soft Tofu Stew) 

Ingredients: 
  •  1 tube soft tofu (sundubu) 
  • 100g halal ground beef or chicken 
  • 1/4 onion, diced 
  • 1 clove garlic, minced 
  • 1 tablespoon gochugaru (Korean red pepper flakes) 
  • 1 tablespoon soy sauce 
  • 2 cups halal chicken broth 
  • 1 egg (optional) 
  • Spring onion for garnish 

Recipe: 
  1.  SautĂ© onion and garlic in a pot with gochugaru until fragrant. 
  2. Add ground meat and soy sauce. Cook until browned. 
  3. Pour in the broth and bring to a simmer. 
  4. Add tofu, breaking it gently into chunks. 
  5. Crack an egg on top and garnish with spring onions. Serve bubbling hot.



Monday, June 15, 2026

Recipe - Laksa Utara

 


Laksa Utara

Bahan-bahan Kuah & Laksa 
  • 1 bungkus laksa beras
  • 1 kg ikan kembung 
  • 1 sudu besar belacan 
  • 2 kuntum bunga kantan, belah 4 
  • 1 ikat daun kesum 
  • 4 keping asam keping (1 keping untuk rebus ikan, selebihnya untuk kuah) 
  • Gula secukup rasa 
  • Garam secukup rasa 

 Bahan Kisar Halus 
  • 10–15 tangkai cili kering, buang biji & rebus 
  • 50 g ikan bilis, rendam seketika 
  • 2 biji bawang besar 
  • 8 biji bawang merah 
  • 6 ulas bawang putih 

 Bahan Hiasan 
  • 5 biji telur rebus 
  • 2 biji bawang besar, hiris nipis
  • 1 batang timun, hiris nipis 
  • Limau nipis (untuk diperah) 
  • 1 ikat daun selom 
  • Cili padi, hiris nipis 

 Cara Buat Laksa Utara Kedah 
  1. Sediakan laksa beras: Rendam ikut jenis hingga lembut, kemudian rebus dalam air mendidih sampai lembut tetapi masih kenyal dan tak mudah putus. Angkat, toskan dan bilas cepat dengan air biasa supaya tak melekat. Ketepikan.
  2.  Rebus ikan: Bersihkan ikan kembung (buang insang & bahagian dalam), bilas bersih. Rebus bersama 1 keping asam keping dan sedikit bawang merah dengan api sederhana hingga ikan masak. Angkat ikan dan simpan air rebusan.
  3.  Kisar isi ikan: Asingkan isi daripada tulang. Kisar isi ikan dengan sedikit air rebusan hingga halus. 
  4. Kisar tulang & tapis: Kisar kepala dan tulang ikan dengan sedikit air rebusan, kemudian tapis untuk ambil pati (ulang tapis jika perlu) supaya kuah tak berpasir. 
  5. Masak kuah: Masukkan pati tulang ikan dan isi ikan kisar ke dalam periuk. Masukkan semua bahan kisar halus. Reneh atas api sederhana kecil lebih kurang 20 minit sambil kacau sekali-sekala. 
  6.  Perasakan: Masukkan bunga kantan, daun kesum, baki asam keping dan belacan. Kacau sebati. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa. Teruskan reneh sampai kuah harum dan pekat cantik. 
  7.  Laraskan kepekatan: Jika terlalu pekat, tambah sedikit air panas/air rebusan ikan. Jika terlalu cair, reneh lebih lama tanpa tutup periuk. 
 Cara Hidang 
  1. Masukkan laksa beras ke dalam mangkuk. 
  2. Curahkan kuah panas, kemudian tabur bawang hiris, timun, daun selom dan cili padi. 
  3.  Letakkan telur rebus, dan akhir sekali perah limau nipis ikut citarasa sebelum makan. 


Recipe - Japchae (Korean)

 

 

Japchae (Glass Noodle with Veges)

Ingredients: 
  •  200g sweet potato starch noodles (dangmyeon) 
  • 100g halal beef or chicken, thinly sliced 
  • 1/2 onion, sliced 1 carrot, julienned 
  • 1 bell pepper, sliced 
  • 100g spinach or bok choy 
  • 2 tablespoons soy sauce 
  • 1 tablespoon sesame oil 
  • 1 teaspoon sugar 
  • 2 cloves garlic, minced 
  • Sesame seeds for garnish 

Recipe: 
  1.  Soak and boil the noodles according to package instructions. Drain and cut with scissors. 
  2. SautĂ© the meat with garlic and soy sauce, set aside. 
  3. SautĂ© each vegetable separately in sesame oil for 2–3 minutes each. 
  4. Combine everything in a large bowl: noodles, meat, vegetables. 
  5. Add soy sauce, sugar, and more sesame oil. Toss well and sprinkle with sesame seeds before serving.


Monday, June 8, 2026

Recipe - Tteokbokki (Korean)

 


Tteokkbokki (Spicy Rice Cake) 

Ingredients: 
  •  300g Korean rice cakes (tteok)
  •  2 cups water
  •  1 tablespoon gochujang (halal) 
  • 1 tablespoon sugar 
  • 1 tablespoon soy sauce 
  • 1 boiled egg (optional) 
  • 2 fish cakes or halal tofu (optional) 
  • 1 spring onion, chopped 
  • Sesame seeds for garnish 

Recipe: 
  1.  Soak rice cakes in warm water if frozen. 
  2. In a pan, bring water, gochujang, sugar, and soy sauce to a boil. 
  3. Add rice cakes, fish cakes, and simmer for 10–15 minutes until thick. 
  4. Garnish with sesame seeds, spring onions, and a boiled egg if desired.


Monday, June 1, 2026

Recipe - Daging Blackpepper

 

 

Daging Blackpepper

Bahan Perap Daging 
  • 300g daging 
  • 1 sb sos tiram 
  • 1 sb kicap cair 
  • 1 sb serbuk lada hitam 
  • 2 sb kicap manis 
  • 1/4 cwn minyak masak 
  • 3 ulas bawang putih 
  • 1/2 inci halia 
  • Sedikit air (utk berkuah) 
  • 1/2-1 sb serbuk lada hitam 
  • 1/2 biji bawang holland 
  • 1 biji lada bengala (campur warna) 
  • 1 pokok daun bawang 
Bahan Sos 
  • 2 sb kicap manis 
  • 2 sb sos tiram 
  • 1 sb kicap cair 
  • 1 sb tepung jagung 
  •  Sedikit air 

 Daging Black Pepper 
  1.  Cincang kasar bawang putih dan halia. 
  2. Potong bawang holland, daun bawang, dan capsicum (campur warna kuning dan merah). 
  3.  Tumbuk biji lada hitam atau grate dengan pepper crusher. 
  4. Potong daging arah lawan urat dan sederhana tebal.
  5. Perap daging dengan sos tiram, kicap cair, lada hitam dan kicap manis. 
  6. Untuk bancuhan sos, mix sos tiram, kicap manis, kicap cair, tepung jagung dan sedikit air. 
  7.  Panaskan minyak dan tumis bawang putih & halia. 
  8. Masukkan semua daging perap dan masak sampai daging lembut dan air kering. 
  9. Tambah lagi serbuk lada hitam (pilihan) dan masukkan semua bancuhan sos. 
  10. Akhir sekali masukkan bawang holland, capsicum dan daun bawang. 


Recipe - Beef Bulgogi (Korean)

 

 

Beef Bulgogi

Ingredients: 
  •  500g halal-certified beef ribeye or sirloin, thinly sliced 
  • 3 tablespoons soy sauce 
  • 1 tablespoon sesame oil 
  • 1 tablespoon honey 
  • 1 tablespoon brown sugar 
  • 1 tablespoon grated pear (Asian pear or regular) 
  • 2 teaspoons minced garlic 
  • 1 teaspoon grated ginger 
  • 1 tablespoon sesame seeds 
  • 1 small onion, thinly sliced 
  • 2 spring onions,
  •  chopped Black pepper to taste 

Recipe: 
  1.  In a bowl, mix soy sauce, sesame oil, honey, sugar, grated pear, garlic, ginger, and black pepper to make the marinade. 
  2.  Add the sliced beef, onions, and spring onions. Mix well and marinate for at least 1 hour (overnight preferred). 
  3.  Heat a non-stick pan or grill over medium-high heat. Cook the marinated beef in batches until fully cooked and caramelized. 
  4.  Garnish with sesame seeds and serve with steamed rice and kimchi 


Monday, May 25, 2026

Recipe - Brownies Cookies

 

   

Brownies Cookies

 Bahan Utama 
  • 350 g dark chocolate 
  • 40 g (3 sudu besar) mentega 
  • 2 biji telur + 1 biji kuning telur 
  • 2/3 cawan (150 g) gula kastor 
  • 1 sudu teh esen vanilla 
  • 1/4 cawan (35 g) tepung gandum 
  • ¼ sudu teh baking powder 

  1. Panaskan oven pada suhu 180 °C. 
  2.  Cairkan 200 g dark chocolate bersama mentega di atas air yang mendidih (kaedah double boiler). 
  3. Cincang kasar baki 150 g dark chocolate tadi dan ketepikan. 
  4. Pukul gula bersama telur dan esen vanilla sehingga kembang dan putih, dalam anggaran masa dalam 10-15 minit. 
  5. Masukkan tepung dan baking powder yang telah diayak ke dalam adunan telur. 
  6.  Masukkan pula coklat cair dan ketulan coklat yang dicincang. Kacau dengan spatula hingga sebati. Jangan sesekali menambah tepung kerana adunan memang lembik. 
  7. Rehatkan adunan selama 10 minit di dalam peti ais. 
  8.  Kautkan 1 sudu penuh doh ke atas loyang yang telah digriskan dengan mentega dan dilapik dengan kertas parchment. 
  9. Bakar di dalam oven selama 9-11 minit. 
  10. Angkat dan sejukkan di atas rak penyejuk. Biskut akan lembik ketika panas, tetapi akan mengeras apabila disejukkan.


Recipe - Kek Choc Moist

 

 

Chocolate Moist Cake

 Bahan A 
  • 1 tin / 390g susu cair 
  • 1 cwn / 150g coklat masakan 
Bahan B 
  • 1/4 sk garam
  •  1/2 cwn / 50g serbuk koko 
  • 1 1/2 cwn / 195g tepung gandum 
  • 1 sk soda bikarbonat
  • 1 sk serbuk penaik 
Bahan C 
  • 4 biji telur saiz B 
  • 1 cwn / 200g gula kastor 
  • 1 sk esen vanilla 
  • 1/2 cwn / 119ml susu pekat 
  • 2 sb air kopi (pilihan)
  •  2/3 cwn / 158ml minyak sayuran 
Bahan Coklat Ganache 
  • 350g coklat masakan 
  • 320ml krim putar tenusu 
  • 1 sb mentega

Kek Kukus
  1.  Masak (bahan A) coklat masakan dan susu sejat sampai suam dan coklat cair. Kemudian ketepikan dulu 
  2. Ayak (bahan B) tepung gandum, serbuk koko, baking soda, baking powder dan garam. Ketepikan dulu. 
  3. Pukul telur dan gula sampai kuning pucat dan gula larut. 
  4. Masuk esen vanilla dan susu pekat kemudian kacau sampai sebati. 
  5. Masukkan adunan kering (bahan B) dan kacau sebati. 
  6. Masukkan air kopi, adunan basah (bahan A) dan minyak sayuran. Kacau sebati. 
  7. Loyang saiz 9x9x3 inci, gris dengan butter dan lapik dengan kertas baking (kertas perlu tinggi melepasi lonyang). 
  8.  Tuang masuk adunan dalam Loyang. Tutup dengan aluminium foil. 
  9.  Kukus selama 45-60 minit atau bakar 170C selama 50-60 minit. 

Coklat Ganache 
  1. Cairkan coklat masakan dan krim putar tenusu dengan kaedah double boil. 
  2.  Kacau perlahan-lahan sampai cair. 
  3.  Masukkan butter dan biarkan coklat suam. 
  4. Tuang coklat ganache atas kek. 
  5.  Sejukkan kek semalaman dalam peti ais. 

Monday, May 18, 2026

Recipe - Mushroom Soup

 

 

Mushroom Soup


Bahan Untuk Mushroom Sup 
  • 2-3 sb mentega 
  • 1/2 biji bawang holland 
  • 2 ulas bawang putih 
  • 300g (2 pek) cendawan butang 
  • 2 sb tepung gandum 
  • 1/2 sk serbuk lada hitam
  •  3 cwn susu 
  • 2 cwn air ATAU stok rebusan ayam 
  • Kiub pati ayam 
  • Garam secukup rasa 
  • Daun parsley 

Untuk Mushroom Sup 
  1. Cincang halus daun parsley, simpan dalam bekas bertutup dan ketepikan (kalau tak ada parsley fresh, boleh ganti dengan herba kering seperti parsley kering, Italian herbs, oregano atau thyme. 
  2.  Potong dadu bawang holland. 
  3. Bawang putih parut halus. 
  4.  Mentega potong dadu. 
  5.  Bilas cendawan dengan air dan kemudian cepat-cepat lap kering dengan kain. 
  6.  Bahagi cendawan kepada dua bahagian. Yang pertama potong kasar dan ketepikan. 
  7.  Baki cendawan potong kasar, masuk dalam food processor dan kisar halus tapi jangan halus sangat. (untuk pekatkan kuah dan bagi kuah extra creamy). 
  8.  Panaskan mentega dan masukkan bawang holland. Masak sampai bawang holland bertukar jernih dan lutsinar.
  9.  Masukkan bawang putih dan masak sampai kekuningan. 
  10. Tuang masuk cendawan kisar dan masak sampai air kering. 
  11. Masukkan tepung gandum (untuk pekatkan kuah) dan kacau sekata. 
  12.  Masukkan air stok rebusan ayam ( kalau tak ada boleh ganti dengan air kosong). 
  13. Masukkan susu. boleh juga guna cooking cream atau whipping cream tapi lebih mahal, tapi yang ni lebih creamy. 
  14. Masuk kiub pati ayam (masuk sikit saja sebab tadi dah masukkan air stok ayam, tapi kalau kalau yang guna air kosong boleh masukkan 1 ketul kiub pati ayam). 
  15. Masukkan garam dan serbuk lada hitam. Kacau sampai kuah pekat dan mendidih. 
  16. Masukkan hirisan cendawan dan reneh sampai cendawan lembut.
  17.  Tabur daun parsley dan tutup api.


Fun Fact Wooyoung (2PM)

    FUN FACT WOOYOUNG (2PM)  He is one of 2PM’s main dancers   Wooyoung is especially known for his sharp, energetic dancing and expressive...