Saturday, January 31, 2026

Recipe - Kek Batik

 

 


Kek Batik


BAHAN-BAHAN: 
  •  200gm serbuk milo 
  • 250gm mentega 
  • 3 sudu makan serbuk koko 
  • 1 tin susu pekat manis 
  • Sepeket besar biskut Marie | patahkan empat 

CARA MEMASAK: 
  1.  Lapik loyang dengan patchment paper supaya mudah untuk keluarkan kek setelah masak. 
  2. Cairkan mentega dalam periuk dengan api sederhana, masukkan susu dan serbuk milo.
  3.  Setelah sebati masukkan pula serbuk koko dan gaul sebati. 
  4. Akhir sekali masukkan biskut marie dan gaulkan. 
  5. Tuangkan semuanya ke dalam loyang dan tekan supaya mampat. 
  6. Simpan dalam peti sejuk selama 4/5 jam sebelum dihidangkan.


Friday, January 30, 2026

Cerita Saudagar Permata Yang Jujur

 


Cerita Saudagar Permata Yang Jujur

 

Pada suatu hari, seorang saudagar perhiasan di zaman Tabiin bernama Yunus bin Ubaid, menyuruh saudaranya menjaga kedainya kerana ia akan keluar solat. Ketika itu datanglah seorang badwi yang hendak membeli perhiasan di kedai itu. 

Maka terjadilah jual beli di antara badwi itu dan penjaga kedai yang diamanahkan tuannya tadi. Satu barang perhiasan permata yang hendak dibeli harganya empat ratus dirham. Saudara kepada Yunus menunjukkan suatu barang yang sebetulnya harga dua ratus dirham. Barang tersebut dibeli oleh badwi tadi tanpa diminta mengurangkan harganya tadi. 

Ditengah jalan, dia terserempak dengan Yunus bin Ubaid. Yunus bin Ubaid lalu bertanya kepada si badwi yang membawa barang perhiasan yang dibeli dari kedainya tadi. Sememangnya dia mengenali barang tersebut adalah dari kedainya. 

Saudagar Yunus bertanya kepada badwi itu, "Berapakah harga barang ini kamu beli?" 
Badwi itu menjawab, "Empat ratus dirham." 
"Tetapi harga sebenarnya cuma dua ratus dirham sahaja. Mari ke kedai saya supaya saya dapat kembalikan wang selebihnya kepada saudara." Kata saudagar Yunus lagi. 
"Biarlah, ia tidak perlu. Aku telah merasa senang dan beruntung dengan harga yang empat ratus dirham itu, sebab di kampungku harga barang ini paling murah lima ratus dirham." 

Tetapi saudagar Yunus itu tidak mahu melepaskan badwi itu pergi. Didesaknya juga agar badwi tersebut balik ke kedainya dan bila tiba dikembalikan wang baki kepada badwi itu. Setelah badwi itu beredar, berkatalah saudagar Yunus kepada saudaranya, 

"Apakah kamu tidak merasa malu dan takut kepada Allah s.w.t. atas perbuatanmu menjual barang tadi dengan dua kali ganda?" Marah saudagar Yunus lagi. 
"Tetapi dia sendiri yang mahu membelinya dengan harga empat ratus dirham." Saudaranya cuba mempertahankan bahawa dia dipihak yang benar. 
Kata saudagar Yunus lagi, "Ya, tetapi di atas belakang kita terpikul satu amanah untuk memperlakukan saudara kita seperti memperlakukan terhadap diri kita sendiri."

Jika kisah ini dapat dijadikan tauladan bagi peniaga-peniaga kita yang beriman, amatlah tepat. Kerana ini menunjukkan peribadi seorang peniaga yang jujur dan amanah di jalan mencari rezeki yang halal. Jika semuanya berjalan dengan aman dan tenteram kerana tidak ada penipuan dalam perniagaan. 

Dalam hal ini Rasulullah s.a.w. bersabda, "Sesungguhnya Allah itu penetap harga, yang menahan, yang melepas dan memberi rezeki dan sesungguhnya aku harap bertemu Allah di dalam keadaan tidak seorang pun dari kamu menuntut aku lantaran menzalimi di jiwa atau diharga." (Diriwayat lima imam kecuali imam Nasa'i) 

Perkahwinan Yang Ideal

 

 


Bagaimana anda menggambarkan perkahwinan yang ideal?


Perkahwinan Yang Ideal 
something yang chenta gambarkan tentang sesuatu perkahwinan yang ideal.... 

Happy 
i think this is bear minimum.. 
kenapa kahwin.... sebab nak be happy..
double happy... 
bergaduh tu normal.. but how we strand to make us unite back..
to make us harmonious back..
anyhow.. hidup itu panjang...  jadi kita ni nak rasa bahagiaa. 

Hampir Ke Allah 
kembali ke fitrah..
perkahwinan itu dirasakan sesuatu yang benar bila dia berjaya mendekatkan dengan Jalan Allah. 
that is what i could see la..
sebab. manusia tak sempurna..
tapi.. kesediaan kita.. untuk berubah jadi lebih baik untuk diri kita.. keluarga kita. dan agama kita.. 


Can Be Yourself 
i could see that wedding is an ideal wedding.. 
bila chenta.. boleh jadi diri chenta di dalam perkahwinan itu..
for me to express myself..  to show myself
dengan rasa selesa..
how? jomm kawin dengan chenta.. 
nanti i stori storii. 

Compliment Each Other
chenta ada dengar.. pasangan tu saling melengkapi..
jadi.. i would be ideal kalau ini berjaya. 
kekurangan chenta akan jadi kelebihannya.. 
and i would be happy if i could be everything to my partner and vice versa, 
when he needs a friend... i could be one. 
when he needs an advisor... i boleh
when he wants to gossip.. i volunteer dri..

ohhh.. how sweet that could be.. 
kannn.. 




Tuesday, January 27, 2026

Character of Pink Pepper in A Perfume

 

 
Character of Pink Pepper in Perfume 

  •   Sparkly & Rosy-Spicy 
    •  Light peppery heat with a rosy, slightly fruity nuance 
    •  Feels effervescent rather than sharp 
    •  Adds a gentle “zing” without aggression
  •  Modern & Chic 
    •  Very popular in contemporary, clean, and luxury perfumes 
    •  Gives a fashion-forward and “editorial” feel
    •  Often used to make a scent smell expensive and polished 
  •  Fresh Warmth
    •  Warm but airy — never heavy 
    •  Sits between citrus freshness and spice warmth 
    •  Perfect for year-round wear, especially in warm climates 
  •  Elegant Feminine or Clean Unisex
    •  Common in feminine florals for lift and sparkle 
    •  Also widely used in unisex scents for sophistication 
    •  Makes perfumes feel confident rather than sweet 
  •  Mostly a Top Note (Sometimes Heart)
    •  Creates an immediate bright opening 
    •  Can subtly extend into the heart when blended with florals or musks 
 
  • What Pink Pepper Adds to a Blend 
    •  Prevents sweetness from becoming flat 
    •  Makes florals feel airy and alive 
    •  Adds subtle sensuality without heaviness 
    •  Creates contrast: soft vs spicy 

 Overall Impression Pink pepper in perfume feels: Sparkling • Chic • Rosy-Spicy • Confident • Modern

Cartier - Declaration

 

 

#Scent
(Cartier - Declaration )

  • Declaration by Cartier is a Woody Floral Musk fragrance for men. 
  • Declaration was launched in 1998. 
  • The nose behind this fragrance is Jean-Claude Ellena.
  •  Top notes are Bitter Orange, Caraway, Birch, Bergamot, Coriander, Mandarin Orange, Neroli and Artemisia; 
  • middle notes are Guatemalan Cardamom, Pepper, Ginger, Iris, Juniper, Cinnamon, Orris Root and Jasmine; 
  • base notes are Tahitian Vetiver, Tea, Cedar, Leather, Oakmoss and Amber. 


Sunday, January 25, 2026

Habit Tracking Melalui Bullet Journaling

 

 
Habit Tracking Melalui Bullet Journaling

 Bullet journaling (BuJo) bukan sahaja untuk menulis, ia juga alat hebat untuk membina dan menjejak tabiat harian. Dengan habit tracker, anda boleh kekal konsisten dan motivasi diri.

  •  Apa Itu Habit Tracker 
    •  Habit tracker ialah senarai tabiat atau aktiviti yang ingin anda lakukan secara konsisten. 
    •  Contoh tabiat: 
      • minum air 8 gelas sehari, 
      • bersenam 30 minit, 
      • menulis jurnal, 
      • membaca buku. 
  •  Cara Buat Habit Tracker Dalam Bullet Journal 
    •  Senaraikan tabiat yang ingin dibina. 
    •  Buat grid atau table untuk setiap hari dalam bulan itu. 
    •  Baris: senarai tabiat 
    •  Lajur: tarikh 
    •  Tandakan ✔️ atau warnakan setiap kali anda berjaya lakukan tabiat itu. 
    •  💡 Tip: Gunakan warna berbeza untuk setiap tabiat supaya visual lebih menarik. 
  •  Kelebihan Habit Tracking
    •  Memantau konsistensi dan kemajuan tabiat. 
    •  Memberi motivasi visual bila lihat corak ✔️ bertambah. 
    •  Membantu kenal tabiat yang berjaya dan yang perlu diperbaiki.
    •  Menjadi refleksi diri untuk lebih produktif dan sihat. 
  •  Tips Untuk Konsisten 
    •  Mulakan dengan 3–5 tabiat sahaja supaya tak terbeban. 
    •  Kaitkan habit tracker dengan aktiviti harian yang sudah ada 
      • (contoh: tulis jurnal selepas minum kopi pagi).
    •  Rayakan pencapaian kecil untuk kekalkan motivasi. 

 Kesimpulan: Bullet journaling + habit tracker = cara mudah dan visual untuk membina tabiat baik, fokus, dan konsisten. Dengan habit tracker, tabiat baik bukan sekadar niat — ia menjadi kebiasaan!


Saturday, January 24, 2026

Recipe - Tart Cadbury

 

Tart Cadbury

BAHAN-BAHAN 

Tepung gandum 1/2 kg Mentega / Butter 

1 bungkus (saya guna Buttercup) 

Coklat Cadbury (pastikan baru keluar dari peti sejuk beku supaya tak cair)


1. Gaulkan Mentega & Tepung 

     Pertama sekali, campurkan 1/2 kg tepung gandum bersama 1 bungkus mentega. Untuk resepi ini saya cuma gunakan Buttercup saja. Kalau nak lagi sedap, boleh gunakan pure butter yang mahal sedikit harganya. Contoh jenama pure butter ini antaranya Anchor, SCS, atau Golden Churn. Gaulkan mentega dengan tepung tadi hingga menjadi doh.

2. Bentukkan Kuih Tart 

     Seterusnya dah boleh gunakan acuan kuih tart macam dalam gambar di bawah ini. Keluarkan coklat dari peti sejuk beku. Balutkan coklat sampai semuanya tertutup.

3. Bakar 

     Panaskan oven dengan suhu 150 darjah menggunakan api atas bawah selama 5-7 minit. Sapukan kuning telur pada bahagian atas tart kalau nak dapatkan warna yang lebih menarik. Kemudian bakar suhu 130 api atas bawah 30 minit. Ikut juga oven masing-masing untuk bakar sebab lain oven lain kepanasannya.

 


Lirik Endless Love - Diana Ross & Lionel Richie

  

Endless Love - Diana Ross & Lionel Richie

My love

There's only you in my life
The only thing that's right
My first love
You're every breath that I take
You're every step I make
And I
I want to share
All my love with you
No one else will do
And your eyes
They tell me how much you care
Oh yes, you will always be
My endless love
Two hearts
Two hearts that beat as one
Our lives have just begun
Forever
I'll hold you close in my arms
I can't resist your charms
And love
I'll be a fool for you, I'm sure
You know I don't mind
I don't mind
'Cause you
You mean the world to me
Oh, I know
I've found in you
My endless love
Ooh, ah
Ooh, ah
Ooh, ooh, ooh, and love
I'll be a fool for you, I'm sure
You know I don't mind
I don't mind
And, yes, you'll be the only one
'Cause no one can deny
This love I have inside
I'll give it all to you
My love, my love
My endless love
Love, my endless love
Oh, oh, oh my
My, my, my, my endless love
Ooh, ooh, my, my, my
My love
My endless love


Friday, January 23, 2026

Doa Menyembuhkan Penyakit

 

 

اللَّهُمَّ رَبَّ النَّاسِ أَذْهِبِ الْبَأْسَ اشْفِ أَنْتَ الشَّافِي لَا شَافِيَ إلَّا أَنْتَ شِفَاءً لَا يُغَادِرُ سَقْمًا 
Allāhumma rabban nāsi, adzhibil ba’sa. Isyfi. Antas syāfi. Lā syāfiya illā anta syifā’an lā yughādiru saqaman. 


 Artinya, “Tuhanku, Tuhan manusia, hilangkanlah penyakit. Berikanlah kesembuhan karena Kau adalah penyembuh. Tiada yang dapat menyembuhkan penyakit kecuali Kau dengan kesembuhan yang tidak menyisakan rasa nyeri,” 

(Lihat Imam An-Nawawi, Al-Adzkar, [Damaskus: Darul Mallah, 1971 M/1391 H], halaman 113).


Kongsi Aktiviti Dengan Pasangan

 

 


Apa jenis aktiviti yang anda ingin kongsikan dengan pasangan anda?


Chenta sebenarnya sejenis perempuan yang clingy dengan pasangan chenta..
i would love if i could do everything together with my partner.. 
even kalau lepak lepak dengan kawan kawan.. kalau partner ok.. why not join in. 
hahahaha.. 

but... kalau spesifikasi aktiviti ..
beriadah.. 
beriadah sorang sorang ni tak best.. 
so.. kalau ada partner.. maybe boleh jadi asbab kita semakin bersemangat.. 
chenta suka... cycling... (yang light2 jeee ekk) 
then.. water rafting ke.. ape ke.. best jugaaa.. 


travel 
travel.. create more memories togethe while explore the world
wowwww gitu.. 


plan for future
anything related to the future.. 
i would love if he could join me in.. 




Thursday, January 22, 2026

[Review] Glad2Glow Flawless Blurring Skin Tint

 

 

Glad2Glow Flawless Blurring Skin Tint

Glad2Glow Flawless Blurring Skin Tint ialah skin tint / tinted moisturizer ringan yang memberi hasil natural dan “second-skin” pada wajah — menjadikan kulit nampak lebih halus, sekata, dan segar tanpa rasa tebal seperti foundation. Ia sesuai untuk everyday makeup look yang tampak semula jadi. 

 Kelebihan Utama 
  •  Ringan & Tidak Berat di Kulit Skin tint ini sangat ringan dan mudah dibaurkan — rasa seperti memakai “kulit kedua” sahaja, bukan makeup tebal. Tiada rasa cakey atau berat yang melekit. 
  •  Coverage Natural ke Medium Memberi coverage separa hingga sederhana yang boleh disapu tipis untuk look natural atau dibina sedikit bagi menutup tona tidak sekata tanpa nampak terlalu berlapis. 
  •  Melembapkan & Kawal Minyak Difomulasikan dengan Squalane yang turut membantu melembapkan kulit tanpa menjadikannya berminyak, serta bantu kawal minyak muka sepanjang hari. 
  •  Tahan Lama & Blur Pori-Pori Dikatakan boleh tahan hingga ±12 jam, menyerap lebihan minyak, dan memberi efek blur pada pori-pori serta tekstur kulit supaya nampak lebih halus. 
  •  Pilihan Warna Beberapa Shade Tersedia beberapa shade seperti Affogato, Buttercream, Praline, Custard, Ginger, Cinnamon supaya lebih mudah cari padanan tona kulit. 

 Cara Guna 
 ✔️ Sapukan 2–3 titik pada kulit yang telah disiapkan dengan skincare atau primer. 
✔️ Guna jari, sponge, atau brush untuk ratakan dari tengah wajah ke luar. 
✔️ Boleh diguna sahaja untuk look natural atau ikut dengan concealer & bedak untuk lebih coverage. 

 Apa Yang Ramai Suka 
  •  Rasa ringan dan selesa, tak rasa kulit tertutup tebal. 
  •  Hasil semula jadi yang nampak seperti “kulit sendiri tapi lebih flawless”. 
  •  Sesuai untuk daily makeup atau no-makeup makeup look. 

 Perhatian / Kekurangan 
  •  ❗ Pilihan shade penting – ada yang rasa shade tertentu (contoh: Custard) boleh nampak agak gelap jika tidak padan dengan undertone kulit, jadi cuba dulu kalau boleh supaya sesuai. 
  •  ❗ Walaupun popular secara jualan, review individu boleh berbeza ikut jenis kulit & ekspektasi hasil akhir, jadi patch test dulu selalunya idea baik kalau kulit sensitif. 

Satu skin tint yang affordable, ringan, dan natural untuk kegunaan seharian. Ia sesuai untuk yang nak makeup tipis tapi tetap nampak licin dan sekata. Kulit rasa ringan dan tak berlapis, dengan sedikit blurring effect pada pori-pori dan minyak wajah. Untuk coverage lebih, boleh guna bersama concealer atau bedak sikit selepasnya.


Tuesday, January 20, 2026

Character Tonka Bean In Perfume

 

Character of Tonka Bean in Perfume

Tonka bean in perfume has a warm, cozy, and sensual character. It’s often used to add depth, comfort, and an addictive sweetness to a fragrance. 

 Tonka Bean – Scent Character 
  •  Sweet & creamy – reminds of vanilla and almond 
  •  Warm & cozy – comforting, soft, and enveloping 
  •  Gourmand-leaning – hints of caramel, honey, and pastry-like sweetness 
  •  Slightly spicy & powdery – subtle tobacco, clove, or hay nuances
  •  Smooth & sensual – often described as “skin-like” and seductive 

 Role in a Perfume 
  •  Commonly used as a base note 
  •  Acts as a fixative, helping the scent last longer 
  •  Adds roundness and richness, preventing fragrances from feeling sharp 

 Common Pairings 
  •  Vanilla & amber → ultra-warm, comforting, sexy 
  •  Lavender → classic fougère (calm but masculine) 
  •  Cocoa, coffee, almond → gourmand, addictive 
  •  Woody notes (sandalwood, cedar) → creamy and elegant 
  •  Fruits (pear, cherry, pineapple) → sweet but modern contrast 

 Overall Vibe 
  •  Cozy • Creamy • Addictive • Sensual 
  • Perfect for evening wear, cooler weather, and perfumes meant to feel intimate or luxurious.


Lattafa - Yara Elixir

 


#Scent
( Lattafa -Yara Elixir)


  • Yara Elixir by Lattafa Perfumes is a Oriental Vanilla fragrance for women. 
  • This is a new fragrance.
  •  Yara Elixir was launched in 2025. 
  • Top notes are Strawberry S’mores and Black Currant;
  •  middle notes are Jasmine and Orange Blossom; 
  • base notes are Vanilla, Caramel, Amber and Musk. 


Monday, January 19, 2026

Lirik Cinta Sesungguhnya - Sabhi Saddi ft Marsha

 

 

Cinta Sesungguhnya - Sabhi Saddi & Marsha

 Ku adalah manusia 
Yang paling beruntung
 Memiliki kamu

 Kau tiada habisnya 
Menyayangi aku 
Sepenuh hatimu 

Cinta yang luar biasa 
Ku serahkan 
Pada dirimu 

Kaulah cinta sesungguhnya 
Sekuat hati ku kan menjagamu
 Demi cinta seutuhnya 
Ku kan berjanji 
Seumur hidupku 
Takkan lelah mendampingimu 

Kau tiada habisnya 
Menyayangi aku 
Sepenuh hatimu 
Cinta yang luar biasa 
Ku serahkan
 Pada dirimu 

Kaulah cinta sesungguhnya
 Sekuat hati ku kan menjagamu 
Demi cinta seutuhnya
 Ku kan berjanji
 Seumur hidupku
 Takkan lelah mendampingimu oh 

Kaulah cinta sesungguhnya 
Sekuat hati ku kan menjagamu 
Kaulah cinta sesungguhnya 
Sekuat hati ku kan menjagamu 
Demi cinta seutuhnya
 Ku kan berjanji 
Takkan lelah mendampingimu oh 
Ku kan berjanji 
Seumur hidupku 
Takkan lelah mendampingimu 


Sunday, January 18, 2026

Reflection Journaling untuk Peningkatan Diri

 

 
Reflection Journaling untuk Peningkatan Diri (Self-Improvement) 

 Reflection journaling adalah teknik menulis jurnal yang memberi fokus kepada refleksi diri — mengenal kekuatan, kelemahan, pengalaman, dan pembelajaran harian untuk menjadi versi diri yang lebih baik.
  •  Kenal Pasti Perkara Yang Berlaku 
    •  Tulis apa yang berlaku sepanjang hari atau minggu: 
      •  Peristiwa penting, keputusan yang dibuat, interaksi dengan orang lain.
      •  Apa yang membuat anda rasa gembira, kecewa, atau tertekan. 
    •  Tip: Fokus pada fakta tanpa menilai diri terlalu keras. 
  •  Refleksi Emosi 
    •  Tanya diri sendiri: 
      •  Bagaimana perasaan saya tentang situasi ini? 
      •  Apa yang mencetuskan perasaan ini? 
      •  Adakah reaksi saya membantu atau menghalang saya? 
      •  Ini bantu anda memahami emosi dan corak reaksi diri.
  • Pelajaran Dari Pengalaman 
    •  Apa yang saya pelajari dari pengalaman ini?
    •  Apa yang boleh saya lakukan dengan lebih baik di masa depan? 
    •  Adakah keputusan saya selaras dengan nilai dan matlamat saya? 
    •  Tip: Menulis tentang pembelajaran menukar pengalaman menjadi kesedaran diri dan tindakan positif. 
  •  Tetapkan Tindakan untuk Peningkatan Diri 
    •  Catat satu atau dua langkah kecil yang boleh diambil untuk bertindak lebih baik esok. 
    •  Contoh: “Esok saya akan bersikap lebih sabar dalam mesyuarat.” 
  •  Pantau Kemajuan 
    •  Baca semula jurnal lama dari masa ke semasa. 
    •  Anda akan nampak perubahan, pertumbuhan, dan pencapaian diri.
    •   Tip: Reflection journaling bukan untuk menilai diri secara negatif — tetapi untuk mengenal diri, belajar, dan berkembang secara konsisten. 

 Kesimpulannya: 
 Dengan menulis refleksi secara konsisten, anda akan: 
  •  Lebih sedar tentang diri sendiri 
  •  Mampu mengurus emosi dan keputusan dengan lebih baik
  •  Membangun kebiasaan positif untuk peningkatan diri 


Saturday, January 17, 2026

Recipe - Semperit Susu Coklat

 

 

Semperit Susu Coklat


Bahan untuk resepi semperit coklat sedap : 

  •  Seketul butter ( 250 gram ) 
  • Sebungkus tepung jagung ( 500 gram ) 
  • Satu cawan susu coklat 
  • Satu penutup tudung esen vanilla 

 


Cara buat semperit coklat : 

  1.  Pukul butter, susu coklat serta esen vanila hingga sebati 
  2. Masukkan tepung jagung, gaul dan tekan. Dah siap, masukkan dalam acuan. ( saya guna acuan pecah 15 ) 
  3.  Step akhir, bakar pada suhu 170 selama dua puluh minit atau sampai masak bergantung kepada oven masing-masing. 



Friday, January 16, 2026

Kisah lelaki yang takut berbuat maksiat, diselamatkan oleh Jibril

 

Kisah lelaki yang takut berbuat maksiat, diselamatkan oleh Jibril

Pada zaman dahulu,di kalangan Bani Israil,ada seorang lelaki yang sangat ikhlas dan rajin mengerjakan ibadah. Ramai wanita tertawan dengan ketampanan lelaki itu. Namun rasa takutnya kepada Allah SWT menjadi pendinding utama untuk mengawalnya daripada melakukan kemaksiatan. 

Suatu hari, ketika sedang menjaja tas keranjang daun kurma buatannya sendiri, dia tiba di hadapan pintu istana raja. Kebetulan salah seorang daripada dayang istana ternampak lelaki tersebut dan terpesona dengan ketampanannya. Dayang tersebut kemudiannya bercerita mengenai lelaki yang tampan itu kepada permaisuri raja. Permaisuri begitu tertarik lalu timbul niat jahat di hatinya. “Suruh orang muda itu masuk menghadap beta,” titahnya kepada dayang tersebut. Apabila lelaki itu berada di hadapannya, permaisuri menyerahkan sepasang pakaian diraja dan berkata, “Letakkan semua tas keranjang kamu itu dan pakailah pakaian ini.” 

Kemudian permaisuri itu menyuruh dayangn mengambil minyak wangi untuk dipakaikan kepada lelaki tersebut. Tanpa mengesyaki apa-apa, lelaki itu melakukan segala arahan permaisuri. “Orang muda! Kamu jangan khuatir. Beta akan memenuhi segala permintaanmu asalkan kamu bersedia memenuhi nafsuku.” Sebaik sahaja terdengar kata-kata yang tidak disangka-sangkanya itu, gementarlah lelaki itu lalu berkata, “Aku tidak akan melakukan perbuatan terkutuk yang dimurkai Allah!” 

Permaisuri cuba juga memujuk lelaki itu berkali-kali, tetapi gagal mempengaruhinya. Akhirya dengan perasaan marah, ia berkata, “Baiklah! Kalau kamu tetap ingkar memenuhi hajatku, kamu tidak boleh keluar dari sini.” Kemudian permaisuri mengarahkan dayang-dayangnya menutup semua pintu dan tingkap istana. Setelah semua jalan keluar ditutup,lelaki itu bertanya, ” Wahai permaisuri! Bolehkah bawakan saya ke tempat yang paling tinggi dalam istana.” Dengan harapan hajatnya akan dipenuhi, permaisuri itu pun membenarkan lelaki itu naik ke menara istana. 

Apabila telah berada di puncak istana, lelaki itu berkata kepada dirinya sendiri, “Wahai jiwa! Selama 70 tahun kamu beramal mencari keredhaan Allah, Tuhan yang Maha Pemurah, apakah kamu akan merosakkannya dalam beberapa saat semata-mata untuk memenuhi keinginan nafsu dan syaitan? Demi Allah! Kau mengkhianati dirimu sendiri jika engkau tunduk kepadanya!” Dalam keadaan malu dan takut untuk melakukan maksiat kepada Allah, lelaki itu pun terjun dari menara yang tinggi itu. 

 Lalu Allah SWT yang Maha Pemurah dan Pengasih pun berfirman: “Wahai Jibril! Hamba-Ku itu terjun lantaran takut kepada kemurkaan-Ku dan kedosaan. Hamparkan sayapmu untuk menyambutnya, jangan sampai ia binasa!”

Imam Muslim dalam shahihnya meriwayatkan sebuah hadis daripada Ibn Al-Zubair , bahawasanya 
Rasulullah saw bersabda yang bermaksud : “ Sesungguhnya wanita itu , ketika datang dari depan , dia datang dalam bentuk syaitan dan ketika pergi (membelakang tubuhnya) dia memperlihatkan bentuk syaitan pula” 

Oleh sebab itu , jika salah seorang dari kamu melihat seorang wanita yang menarik perhatian , maka hendaklah segera mendapatkan sebagai isteri , dengan itu dapat menolak (nafsu) yang ada di dalamnya .” Syaitan itu membuat wanita kelihatan indah pada pandangan sebahagian besar orang yang melihatnya , agar mereka semakin banyak menimbulkan dosa-dosa dan orang warak akan melihat hal-hal yang diharamkan Allah swt



Pembahagian Tugas Dalam Rumah Tangga

 

 


Apa pandangan anda mengenai pembahagian tugas dalam rumah tangga?


pembahagian tugas dalam rumah tangga
takutt sebenarnya nak bahas tentang perkara ni..
but.. i guess... ok la kot kan. 

bagi chenta... tugas rumah tangga ni melibatkan 2 orang.. 
si suami dan isteri..
dan akan di delegate bila ada anak-anak di masa depan.. 
why? rumahtangga itu untuk keluarga..
jadi masing masing ada peranan masing masing dalam keluarga tersebut..
bila semuanya menjalankan peranan dengan baik.. 
insyaallah keluarga tu boleh jadi makin harmoni dan bahagia.. 

satu lagi.. kehidupan bukan tentang diri kamu dan kamu..
kamu yang terpaling ketua..
kamu yang terpaling makmum.. 
toleransi. berkerjasama, saling menolong, memahami dan respectt..
itu lagi penting..
tak jatuh maruah kalau seorang lelaki sidai baju pon.. 

so.. bersama-sama dalam menjalankan rumah tangga itu yang chenta harapkan.. 
kerana.. rumahtangga tu kita corak bersama..
kita jalani bersama..
so.. kne buatlah sama sama.. ye dakk??




Thursday, January 15, 2026

[Review] Glas2Glow Peach Retinol Moisturiser

 

 

Glad2Glow Peach Retinol Moisturizer

Glad2Glow Peach Retinol Moisturizer merupakan pelembap malam yang menyasarkan kulit lebih halus, tona kulit lebih sekata dan tanda penuaan awal berkurang, dengan gabungan bahan aktif seperti retinol, HPR (Hydroxypinacolone Retinoate), niacinamide dan ekstrak buah peach. 

 Kelebihan Utama 
  •  Kandungan Retinol & HPR 
    • Retinol dan HPR dalam formula membantu mempercepat proses pembaharuan sel kulit, menyamaratakan tekstur kulit, serta mengurangkan garis halus dan bintik gelap dari masa ke masa — sesuai untuk penjagaan anti-penuaan. 
  •  Niacinamide & Ekstrak Peach 
    • Niacinamide membantu menenangkan kulit, meratakan warna kulit, dan memberi kelembapan, manakala ekstrak peach memberikan antioksidan serta rasa segar dan lembut ketika digunakan. 
  •  Tekstur Ringan & Tidak Berminyak
    •  Formula pelembap ini ringan, cepat meresap, dan tidak meninggalkan rasa berminyak di kulit — sesuai bagi kebanyakan jenis kulit, terutamanya normal hingga kombinasi

Cara Penggunaan 
  •  Digunakan pada waktu malam sahaja selepas serum. 
  • Untuk pemula retinol, mulakan dengan 2–3 kali seminggu supaya kulit boleh adaptasi sebelum meningkatkan kekerapan. 
  • Penting pakai sunscreen pada waktu siang setiap hari kerana retinol boleh buat kulit lebih sensitif terhadap sinar UV.

Pengalaman Pengguna 
  •  rasa kulit lebih halus, cerah dan lembap dengan penggunaan konsisten, malah ada yang melihat perubahan pada tona kulit dan bekas jerawat selepas beberapa minggu rutin malam. 
  • Teksturnya disukai kerana tidak berat di kulit. 

 Perhatian / Kekurangan
  • Retinol boleh membuat kulit terasa sedikit pedih pada permulaan pemakaian, terutamanya jika baru cuba retinol — jadi kena mulakan perlahan. 
  •  Gunakan pada waktu malam sahaja dan jangan gabungkan dengan AHA/BHA lain tanpa panduan kerana boleh menyebabkan iritasi kulit. 

 
 sesuai sebagai pelembap malam berasaskan retinol yang ringan, berkesan untuk tekstur & tona kulit, dan mesra pemula retinol dengan penggunaan yang betul. 

 📍 Sesuai untuk: Normal, kombinasi & berminyak yang mahu anti-penuaan ringan + kulit cerah. 
📍 Kurang sesuai untuk: Kulit sangat sensitif tanpa adaptasi retinol.


Tuesday, January 13, 2026

Character of Passionfruit in A Perfume

 

 
Character of Passionfruit in Perfume


  • Bright & Exotic 
    •  Feels tropical, juicy, and sunny Instantly gives an “island / summer holiday” vibe 
  •  Sweet–Tart Juiciness 
    •  A balance of sweet nectar and sharp acidity More vibrant and playful than mango, less creamy than coconut Often described as mouth-watering or sparkling 
  •  Energetic & Youthful 
    •  Conveys fun, flirtatious, carefree energy Common in perfumes meant to feel fresh, sexy, or joyful
  •  Modern & Addictive 
    •  Frequently used in contemporary designer perfumes
    •  When paired with vanilla, musk, or florals, it becomes sensual and addictive 
    •  With citrus → refreshing 
    •  With vanilla/amber → juicy-sexy 
    •  With florals (jasmine, peony) → feminine & radiant 
  •  Usually a Top Note 
    •  Used for impact and first impression 
    •  Gives an immediate “wow” factor, though it fades faster than base notes 

Overall Impression Passionfruit in perfume feels: Juicy • Playful • Exotic • Feminine • Sexy-Fresh


Ariana Grande - Pink Woods

 

 

#Scent
(Ariana Grande - Pink Woods )


  • Pink Woods by Ariana Grande is a Woody fragrance for women. 
  • This is a new fragrance.
  •  Pink Woods was launched in 2024. 
  • Top notes are Bergamot and Lotus; 
  • middle notes are Tea, Vetiver and Jasmine;
  •  base notes are Cashmere Wood, Cotton Candy and Tonka. 


Sunday, January 11, 2026

Journaling Untuk Pengurusan Masa dan Fokus

 

Journaling Untuk Pengurusan Masa dan Fokus

 Journaling bukan sahaja untuk luahkan perasaan — ia juga alat yang efektif untuk mengurus masa dan meningkatkan fokus. 

  • Senaraikan Tugasan Harian atau Mingguan 
    •  Tulis apa yang perlu dilakukan setiap hari atau minggu.
    •  Pisahkan mengikut keutamaan: penting, segera, dan boleh ditangguh.
    •  Contoh: 
      •  Penting: Siapkan laporan kerja
      •  Segera: Balas email klien 
      •  Boleh tangguh: Baca buku 
  •  Gunakan Teknik Time-Blocking
    •  Rancang tempoh masa untuk setiap aktiviti dan catat dalam jurnal. 
    •  Contoh: 
      • 9–10 pagi: fokus siapkan tugasan penting 
      •  10–10:30 pagi: rehat / stretching
    •  Ini bantu anda fokus tanpa terganggu dan mengelakkan pembaziran masa. 
  •  Refleksi Harian 
    •  Di akhir hari, tulis sedikit tentang: 
      •  Apa yang telah diselesaikan ✅ 
      •  Apa yang tertangguh ❌ 
      •  Pelajaran atau cara untuk lebih produktif esok 
  •  Tetapkan Matlamat Mingguan / Bulanan 
    •  Journaling boleh bantu jejak kemajuan anda: 
      •  Tulis matlamat SMART (Spesifik, Measurable, Achievable, Relevant, Time-bound) 
    •  Kemas kini setiap minggu untuk melihat pencapaian 
  •  Catat Gangguan dan Penyelesaian
    •  Tulis perkara yang mengganggu fokus anda. 
    •  Fikir cara untuk atasi atau kurangkan gangguan di masa depan. 


 Kesimpulan: 
Journaling membantu anda atur masa dengan lebih baik, kekal fokus, dan capai matlamat tanpa rasa terbeban. Ia jadi alat refleksi dan produktiviti dalam satu. 




Saturday, January 10, 2026

Recipe - Semperit Coklat

 

 


Semperit Coklat

BAHAN - BAHAN 

 1 1/2 cawan mentega 

1 cawan gula castor 

1 biji telur (ambil kuning je) 

1/4 cawan serbuk koko 

1 1/2 cawan tepung gandum 

1 cawan tepung kastard 

1 sudu kecik essen vanila


CARA - CARA MEMBUATNYA 

 1. Pukul mentega dan gula castor hingga kembang. 

 2. Masukkan kuning telur dan essen vanila dan kacau sebati. 

 3. Masukkan campuran tepung gandum, tepung kastard dan serbuk koko yang telah di ayak sedikit demi sedikit dalam adunan hingga habis. 

 4. Bentukkan dan bakar. 


 Nota : Kalau masa nak masuk kat acuan semperit rasa lembik sangat, masukkan 2 sudu besar tepung gandum dan uli sebati.

 




Friday, January 9, 2026

Idea Hantaran Untuk Wanita

 

 

IDEA HANTARAN UNTUK WANITA

  •  Kategori Wajib / Tradisional 
    •  Al-Quran / Telekung Eksklusif 
    •  Cincin / Barang Kemas 
    •  Set Wangian Wanita
    •  Set Solekan (foundation, lip matte, eyeshadow)
  •  Kecantikan & Self-Care 
    •  Skincare Set – Laneige, Innisfree, The Ordinary, SOMETIME affordable set. 
    •  Makeup Set – Lipstick collection, compact powder, mascara. 
    •  Perfume untuk wanita – Baccarat Rouge inspired, Gucci Flora, YSL Libre, Burberry Her. 
    •  Bodycare Set – Body scrub, shower gel, lotion (Bath & Body Works / Victoria's Secret vibes). 
    •  Haircare Set – Serum, hair mask, shampoo premium. 
  •  Aksesori Wanita Handbag atau Clutch 
    •  Purse / Cardholder 
    •  Shawl / Tudung Satin / Bawal Premium 
    •  Jam tangan wanita 
    •  Jewellery tray / Perfume tray untuk display. 
  •  Manisan & Makanan 
    •  Coklat premium / chocolate bouquet 
    •  Dessert box (macaron, tartlets, cupcakes) 
    •  Kurma Ajwa premium 
    •  Cakesicles / Bento cake
    •  Cereals jar aesthetic (granola, cookies homemade). 
  •  Teknologi / Gadget 
    •  Smartwatch untuk wanita 
    •  Earbuds / Bluetooth speaker mini
    •  Mini humidifier / diffuser (yang aesthetic)
    • . Table mirror with LED 
  •  Lifestyle & Hobi
    •  Set candle & aroma therapy 
    •  Journal book + pen set 
    •  Bouquet bunga segar / dried flower 
    •  Book set (Romance/Inspirational)
    •  Mini DIY craft kit (embroidery, crochet starter). 
  •  Hantaran Moden & Trend 2025 
    •  Luxury skincare mini set (Sephora, Tatcha mini, Shiseido trial)
    •  Silk pajama set 
    •  Personalized name necklace 
    •  Home spa set (foot soak, bath salt, eye mask) 
    •  Tumbler aesthetic (Stanley, Starbucks lookalike)


Kisah Rasulullah Dengan Beberapa Biji Limau

 


Kisah Rasulullah dan beberapa biji limau 


Suatu hari Rasulullah SAW didatangi oleh seorang wanita kafir. Ketika itu baginda ada bersama beberapa sahabat Baginda. Wanita tersebut membawa beberapa biji buah limau sebagai hadiah untuk Rasullullah SAW. Cantik sungguh buah limau itu..Sesiapa yang melihat pasti terliur dan mengidam mahukannya. Baginda menerimanya dengan senyuman yang gembira. 

Buah limau itu dimakan oleh Rasulullah SAW seulas demi seulas dengan senyuman tak lekang dari bibir. Kebiasaannya, Rasulullah SAW akan makan bersama para sahabat, namun kali ini sahabat hanya mampu melihat. Tidak seulas pun buah limau itu diberikan kepada mereka. Rasulullah SAW terus makan sambil tersenyum, sehinggalah habis kesemua limau itu. Kemudian wanita itu meminta diri untuk pulang sambil diiringi dengan ucapan terima kasih dari baginda. 

Sahabat-sahabat agak hairan dengan sikap Rasulullah SAW pada ketika itu .Para sahabat bertanya. Dengan tersenyum Rasulullah SAW menjelaskan.. "Tahukah kamu, sebenarnya buah limau itu terlalu masam sebenarnya.Sekiranya kalian turut makan bersama,saya khuatir ada di antara kalian yang akan mengenyetkan mata atau memarahi wanita tersebut.Saya bimbang sekiranya wanita itu akan tersinggung. Sebab tu saya habiskan kesemuanya." 

Begitulah akhlak peribadi Rasulullah SAW. Baginda tidak pernah memperkecil-kecilkan pemberian seseorang walaupun benda yang tidak baik, ataupun dari orang yang bukan Islam. Wanita kafir itu pulang dengan hati yang hampa. Mengapa? Sebenarnya wanita itu bertujuan ingin mempermain-mainkan Rasulullah SAW dan para sahabat baginda dengan buah limau yang masam itu. Malangnya dia tidak berjaya. Rancangan jahatnya di'tewas'kan oleh akhlak mulia Rasulullah SAW.


Cara Tunjukkan Perhatian

 

 


Apakah cara terbaik bagi anda untuk menunjukkan perhatian kepada pasangan?


cara tunjuk perhatian.. ala ala chenta. 
erm... chenta rasaa... 

"BEING THERE" 
walaupon jasad tak ada..
tapi.. the present yang kita ada untuk pasangan kita tu penting .. 
u know.. just being caring.. take notes on things.. 
amik tahu kesukaannya..
pendengar cerita-ceritanya. 

GOOD LISTENER 
ni salah satu yang chenta boleh buat untuk pasangan chenta. 
being a listener for him..
tak kisahla ape-ape pon..
for him to rant ke..
nak story story ke..
nak gossip ke..
nak share planning ape2 ke.. 



Thursday, January 8, 2026

[Review] K Hotel, Batam Indonesia

 


K Hotel, Batam Indonesia 


Lokasi Strategik di Nagoya, Batam The K Hotel terletak di kawasan Nagoya yang sangat strategik — hanya sekitar 10 minit berjalan kaki ke Nagoya Hill Shopping Mall dan Lucky Plaza, serta dekat dengan pelbagai tempat makan dan kedai — sesuai untuk pelancong yang suka berjalan kaki dan menjelajah kawasan sekitar tanpa perlu jauh. 

 Kelebihan Penginapan 
 ✔️ Lokasi Hebat 
  •  Lokasi hotel sering dipuji oleh tetamu kerana kemudahan akses ke pusat membeli-belah, restoran, dan kedai-kedai sekitar Nagoya. 
  •  Dekat dengan terminal feri, jadi sesuai untuk yang baru tiba dari Singapura atau Indonesia.
 ✔️ Kemudahan Hotel Lengkap
  •  Semua bilik dilengkapi AC, Wi-Fi percuma, TV, dan bilik mandi peribadi. 
  •  Terdapat restoran (K’ppetite Cafe), spa, karaoke, bar/lounge, dan perkhidmatan bilik 24 jam untuk keselesaan tambahan.
  •   Parkir percuma dan Wi-Fi di seluruh kawasan hotel sangat berguna untuk pengunjung. 
 ✔️ Perkhidmatan Mesra 
  •  Ramai tetamu memuji staf yang mesra dan membantu, menjadikan pengalaman menginap lebih selesa. 
 ✔️ Harga Berpatutan & Nilai Baik 
  •  Hotel ini sering diberikan rating “baik” (sekitar 7.9/10 daripada ulasan pelancong) dan dipandang sebagai pilihan penginapan berbaloi dengan harga, terutama untuk pelancong bajet hingga sederhana.


Wednesday, January 7, 2026

[Review] Restoran Seafood Zamanku, Galaxy Ampang Mall

 


aku celebrate besday salah sorang kawan aku la..

which aku nampak dia as adik.

and aku choose untuk have dinner kat 

Restoran Seafood Zamanku, Galaxy Ampang. 


our dinner

and kami pilih.... 

- ketam sweet chilli

- lala kham heong 

- sotong salted egg

- yin yang kailan

- udang harimau dark soy sauce

- nasi putih

- 1 jug maggo juice.


and this is the reviewww.. 



Ketam Sweet Chilli..
ni antara sebab kuat kenapa aku pilih restoran ni..
sebab ada promo 3 ketul ketam..for RM 48..
and for me this promo berbaloii. murah la jugaaa. 

this portion memang sedang elok for 3 orang makan.
just sos sweet chilli dia kurang kick..
and i love another seafood restaurant yang serve ketam juga , HOKAIDO punya sauce more than this..
and ketam dia fresh.. 
need crab hammer to crack the shell.. 
but anyhow.. berbaloi juga order ketam ni. 


Udang Salted Egg. 
for me.. this is a bit dry... 
rasa tastyy...
but a typical rasa salted egg..
i have no more comment bout this. 


Yin Yang Kailan..
ni half celur/ tumis... and half tumis. 
for me this is biasa.. 
and kurang perasa..
yang ni.. aku kena marah dengan Ms Angel.. 
"why tak amik kailan ikan masin jeeeeee" 
huhu


Udang Harimau Dark Soy Sauce. 
yang ni signature dish kat restoran ni..
aku amik size S je.. pon dah terbang RM 40.. huhu
tapi.. memang sedappppp.. sedap giler !!! 
portion ok for 3 pax.
tapi.. kalau korang penggila udang.. sila order banyakk.. 
huhuh.. 


lala kham heong..
yang ni saja aku order buat tambah tambah.
biasalah orang lapar.. main order jee ikut nafsu.
but sedapp juga.

for this dinner.. kami spend RM 231.50 for all.
makan bertiga...
berbaloi? ok for sekali sekala..
overspend?? a bitt.. huhuhu.. 

dari segi taste... restoran ni punya "RASA" kurang kick overall.
i love how hokaido seafood punya rasa lagi... 
if the taste enhance bit more.. mebi nice.. 

to come again?
may be... and kali ni.. aku aim udang dark soy sauce dia.. 
nyummmss..



 



Lirik Aku Dan Dirimu - Bunga Citra Lestari & Ari Lasso

 

 
Aku dan Dirimu - BCL & Ari Lasso 


Tiba saatnya kita saling bicara
 Tentang perasaan yang kian menyiksa 
Tentang rindu yang menggebu 
Tentang cinta yang tak terungkap

 Sudah terlalu lama kita berdiam 
Tenggelam dalam gelisah yang tak teredam 
Memenuhi mimpi-mimpi 
Malam kita 

Duhai cintaku, sayangku, lepaskanlah 
Perasaanmu, rindumu, seluruh cintamu 
Dan kini hanya ada aku dan dirimu 
Sesaat di keabadian 

Jika sang waktu bisa kita hentikan 
Dan segala mimpi-mimpi jadi kenyataan 
Meleburkan semua batas 
Antara kau dan aku 
Kita ... 

Duhai cintaku, sayangku, lepaskanlah 
Perasaanmu, rindumu, seluruh cintamu
 Dan kini hanya ada aku dan dirimu 
Sesaat di keabadian 

Duhai cintaku, sayangku, lepaskanlah
Perasaanmu, rindumu, seluruh cintamu 
Duhai cintaku, sayangku, lepaskanlah 
Perasaanmu, rindumu, seluruh cintamu
 Dan kini hanya ada aku dan dirimu 
Sesaat di keabadian


Tuesday, January 6, 2026

Lattafa - Yara Candy

 

  

#Scent
( Lattafa - Yara Candy)

  •  Yara Candy by Lattafa Perfumes is a Floral Fruity Gourmand fragrance for women. 
  • This is a new fragrance. 
  • Yara Candy was launched in 2024.
  •  Top notes are Black Currant and Green Tangerine; 
  • middle notes are Strawberry Fizz Candy and Gardenia; 
  • base notes are Vanilla, Musk, Amber and Sandalwood.


Black Opium Variation

 

 

Black Opium Variation

Black Opium has gained immense popularity, leading to the creation of several variations to cater to different preferences. Let's explore some of them: 

  Variations of Black Opium 
  • Black Opium Eau de Parfum: The original, iconic version with a bold coffee and floral heart.   
  •  Black Opium Floral: A softer, more floral interpretation with prominent rose notes. 
  • Black Opium Nuit Blanche: A fresher, fruitier version with a focus on pear and white flowers. 
  • Black Opium Extreme: A more intense and long-lasting version with deeper, richer notes. 
  • Black Opium Le Parfum: The most concentrated version, offering an even stronger coffee and vanilla experience. 



Sunday, January 4, 2026

Journaling Sebagai Medium Kreatif

  

 

Journaling Sebagai Medium Kreatif (Creative Outlet) 

 Journaling bukan sekadar menulis perasaan atau refleksi — ia juga boleh menjadi ruang kreatif untuk mengekspresikan idea, imaginasi dan identiti diri anda tanpa batasan. 
  •  Bebas Mengekspresikan Diri 
    •  Dalam jurnal, tiada peraturan. 
    • Anda boleh menulis ayat pendek, puisi, dialog, atau sekadar perkataan rawak. 
    • Ini memberi kebebasan untuk meluahkan apa yang ada dalam minda tanpa tekanan.
    •  Jurnal ialah tempat anda menjadi diri sendiri sepenuhnya. 
  •  Gabungan Seni & Penulisan 
    •  Journaling kreatif tidak terhad kepada tulisan sahaja.
    •  Anda boleh: 
      •  Melukis atau mencoret (doodle) 
      •  Menampal gambar atau kolaj
      •  Menggunakan warna, pelekat, washi tape 
    •  Ini menjadikan jurnal sebagai kanvas peribadi anda. 
  •  Merangsang Idea & Inspirasi 
    •  Menulis secara kreatif membantu otak berfikir secara bebas. 
    • Ramai menggunakan jurnal untuk: 
      •  Idea bisnes 
      •  Idea kandungan media sosial 
      •  Cerita, lirik, atau konsep rekaan
    •  Kadang-kadang, idea terbaik muncul bila kita menulis tanpa tujuan tertentu. 
  •  Meluahkan Emosi Secara Visual 
    •  Ada hari yang sukar untuk dijelaskan dengan kata-kata. 
    • Melalui warna, simbol atau lukisan, anda masih boleh meluahkan emosi tersebut.
    •  Ini membantu mengurangkan tekanan dan memberi kelegaan emosi. 
  •  Meningkatkan Keyakinan Kreatif 
    •  Bila anda menulis dan mencipta tanpa takut dinilai, anda mula percaya pada idea dan kreativiti sendiri.
    •  Ini secara tidak langsung meningkatkan keyakinan diri. 
  •  Terapi Kreatif Untuk Minda
    •  Journaling kreatif memberi kesan menenangkan. 
    • Ia membantu: 
      •  Mengurangkan stres 
      •  Mengosongkan minda 
      •  Membantu fokus dan kehadiran (mindfulness) 
    •  Menulis sambil melukis boleh menjadi satu bentuk self-care. 

 Kesimpulannya 
  •  Journaling sebagai medium kreatif ialah ruang untuk anda:
    •  Bebas berkarya 
    •  Bebas berfikir 
    •  Bebas menjadi diri sendiri
  •  Ia bukan tentang hasil yang cantik, tetapi tentang proses mengekspresikan jiwa dan idea


Recipe - Pancake

  Pancake Bahan-bahan 2 cawan tepung gamdum 2 cawan ssu segar 2 sudu besar baking powder 1 sudu kecil garam 1 sudu kecil esen vanila 1 biji...