Lelaki Astatine karya Anjell mengisahkan Eshal Elzahra, seorang wanita yang sering berasa hidupnya tidak adil. Selepas melalui pelbagai perkara yang menyakitkan, Eshal menjadi seorang yang dingin, pesimis dan sukar untuk melihat sisi baik dalam hidup.
Kemudian, Eshal bertemu dengan Ardean Tufail (A.T.), seorang lelaki yang ceria, tenang, optimis dan sentiasa bersyukur dengan kehidupannya. Ardean merupakan seorang pelajar intern yang kemudiannya menjadi semakin rapat dengan Eshal. Walaupun Eshal bersikap dingin, Ardean tidak mudah berputus asa dan terus cuba mendekatinya.
Hubungan mereka menjadi semakin istimewa, tetapi satu kejadian malang menyebabkan Eshal jatuh ke dalam fasa paling gelap dalam hidupnya. Ardean memilih untuk tetap berada di sisi Eshal dan membantunya bangkit semula. Dia mahu Eshal belajar menerima kehidupan dan berdamai dengan takdir.
Kesimpulannya, novel ini bukan hanya tentang kisah cinta Eshal dan Ardean, tetapi juga tentang kehilangan, kekuatan diri, harapan, menerima takdir dan usaha untuk bangkit selepas mengalami kesusahan. Novel ini mengajar bahawa ketika seseorang berada pada titik paling lemah, dia sebenarnya masih mempunyai kekuatan untuk bangun dan menjadi insan yang lebih baik.
No comments:
Post a Comment