Sunday, August 2, 2026

Recipe - Sambal Ikan Bilis Garing

 

Resipi Sambal Bilis Garing


Bahan-Bahan

  • ikan bilis halus
  • tempe atau kacang
  • lada/cili kering (jumlah ikut kepedasan & cita rasa masing masing)
  • 1 kiub pati ikan bilis / secukup rasa
  • gula secukup rasa

Cara Memasak

  1.  goreng semua bahan diatas (kecuali pati ikan bilis & gula) satu persatu sehingga garing.
  2. angkat dan tos minyak menggunakan tisu dapur
  3. kisar cili kering yang digoreng tadi. pastikan cili digoreng garing jika tidak ia sukar dikisar menjadi empung kerana teksturnya yang liat. bijinya boleh dibuang atau dikisar bersama
  4. panaskan kuali dengan sedikit minyak lebihan gorengan tadi. masukkan kiub pati ikan bilis atau secukup rasa. goreng guna api sederhana
  5. kacau sambil hancurkan kiub tadi. biar ia berbuih manja
  6. masukkan cili flakes (cili kering kisar)
  7. tambajkan semua bahan wajib yang lain. masukkan juga 1 sudu gula. gaul rata hingga sebati. angkat.
  8. setelah sambal sejuk, simpan dalam balang kedap udara. 


No comments:

Post a Comment

Fun Fact Se7en

  FUN FACT SE7EN His real name is Choi Dong-wook (최동욱).   He debuted as a singer in 2003 and became one of the popular K-pop soloists of th...