Pada tahun 2010, MV Mavi Marmara dibeli oleh IHH (İnsani Yardım Vakfı), sebuah NGO kebajikan dari Turki yang aktif di lebih 115 negara. IHH mempunyai status rundingan khas dengan Majlis Ekonomi dan Sosial Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (ECOSOC) sejak 2004, dan turut mendapat sokongan tokoh antarabangsa seperti Desmond Tutu dan Mairead Corrigan Maguire.
Namun, terdapat kontroversi mengenai organisasi ini.
- IHH Jerman disenaraikan sebagai kumpulan pengganas oleh Israel dan Belanda.
- Beberapa pihak menuduh IHH mempunyai kaitan dengan Hamas, al-Qaeda, serta pernah terlibat menyeludup senjata.
- IHH Turki menafikan tuduhan ini dan menyatakan mereka tidak ada kaitan dengan IHH Jerman.
Kapal Mavi Marmara dibeli dengan harga $800,000 hasil sumbangan awam, kerana tiada pemilik kapal lain yang sanggup mengambil risiko. Kapal ini menjadi sebahagian daripada flotila antarabangsa melibatkan aktivis dari 37 negara, yang bertujuan mencabar sekatan laut Israel ke atas Gaza.
Pada 30 Mei 2010, ketika dalam perairan antarabangsa menuju Gaza, tentera laut Israel memberi arahan supaya kapal menuju ke Pelabuhan Ashdod untuk diperiksa. Namun, arahan itu ditolak.
Pada 31 Mei 2010 jam 2 pagi, tentera Israel mula menaiki kapal tersebut. Proses serbuan berakhir pada jam 8 pagi. Laporan saksi dan wartawan di kapal, termasuk laporan PBB, menyatakan bahawa tentera Israel melepaskan tembakan peluru hidup sebelum mereka menaiki kapal, yang mencetuskan tragedi berdarah serta bantahan besar-besaran di peringkat antarabangsa.
No comments:
Post a Comment