Monday, April 20, 2026

Recipe - Telur Masak Kicap

 

 

Telur Masak Kicap

BAHAN-BAHAN: 
  •  5 biji telur 
  • 3 biji cili padi 
  • 1 labu bawang besar | hiris 
  • 2 ulas bawang putih | hiris 
  • 1 tangkai daun sup | racik 
  • 3 sudu makan kicap lemak manis
  •  1 inci kulit kayu manis 
  • 1 sudu makan kicap masin
  •  1 tangkai daun bawang | racik 
  • 1 sudu makan sos tiram 
  • 2 biji cili merah | hiris 
  • 50ml air 
  • Minyak masak secukupnya 

 CARA MEMASAK: 
  1.  Panaskan minyak dan goreng satu persatu telur menjadi telur mata kerbau. Ketepikan. 
  2. Panaskan minyak di dalam kuali, masukkan bawang besar yang telah dihiris bersama bawang putih. Tumis hingga terbit bau. 
  3. Masukkan kulit kayu manis, diikuti kicap lemak masin bersama kicap masin dan sedikit sos tiram. 
  4. Masukkan cili padi dan hirisan cili merah, tuang sedikit air untuk mengelakkan ia terlalu pekat. Kacau, biarkan sedikit mendidih. 
  5. Akhir sekali masukkan telur yang telah digoreng tadi. Angkat dan sedia dinikmati. 
 Info chef: Tak perlu letak garam kerana sudah ada kicap masin di dalamnya.


No comments:

Post a Comment

Henna Night

  Henna Night kalau ada rezeki kahwin...  kalau boleh chenta nak buat 1 event dengan family & kawan-kawan rapat.. chenta nak buat Henna...