Saturday, February 21, 2026

Recipe - Sotong Bakar Thai

 

  

Sotong Bakar Thai 

Bahan-bahan: 

Bahan perapan sotong: 
  •  2 sudu kecil gula 
  • 1 sudu besar kicap manis cair 
  • Sotong (dikelar tapi jangan terputus) 
  • 1 sudu besar sos tiram 
  • 1 sudu besar sos cili 

Bahan sos Thai: 
  •  2 ulas bawang putih* 
  • 7-8 tangkai cili padi* 
  • Akar ketumbar* 
  • 1-2 sudu kecil gula kabung Thai atau gula melaka 
  • Sos ikan 
  • 3-4 biji limau kasturi / nipis (diperah dan diambil jus sahaja)
  • Daun ketumbar (dicincang halus)
  •  Sedikit ait suam 
  • Garam *optional 

Cara-cara: 
  1. Campurkan bahan perapan sotong dan gaulkan pada sotong. Perap selama 15 minit. 
  2. Bakar menggunakan penggoreng udara pada suhu 140°C untuk 15 minit pertama, 
  3. kemudian bakar lagi pada suhu 180°C untuk 5 minit terakhir (untuk menggaringkan sotong). 

Untuk sos,
  1.  tumbukkan bahan bertanda *. 
  2. Campurkan bahan tersebut dengan air limau kasturi, sos ikan, bawang merah dan akar ketumbar. Jika kuah agak pekat, tambahkan sedikit air suam. 
  3. Perasakan sos dan tuangkan ke atas sotong (atau cicah). Sedia untuk dihidang. 


No comments:

Post a Comment

Recipe - Agar Agar Santan Pandan

      Agar Agar Santan Bahan – bahan:  10-12 gram agar-agar (saya gunakan agar-agar bertali)  1 cawan santan pekat  1 cawan santan cair  1...