Kuih Talam Pandan
Bahan-Bahan:
- Lapisan Bawah (Hijau):
- 1 cawan tepung beras
- 2 sudu besar tepung jagung
- 1 cawan gula (boleh kurangkan sedikit jika tidak mahu terlalu manis)
- 2 cawan santan cair
- 1/2 cawan air pandan (dibuat dengan mengisar 7 helai daun pandan)
- Sedikit garam 1 sudu besar air kapur yang jernih (pilihan)
- Sedikit pewarna hijau epal + merah
Cara Membuat Lapisan Bawah:
- Satukan semua bahan lapisan bawah dalam mangkuk, kemudian tapis ke dalam periuk.
- Masak di atas api perlahan sehingga naik wap, pastikan sentiasa kacau agar adunan tidak berketul.
- Setelah masak, tuang adunan ke dalam loyang bersaiz 8 inci yang telah dilapik dengan plastik dan disapu dengan sedikit minyak.
- Kukus adunan selama 20 minit menggunakan api sederhana.
- Selepas 20 minit, buka tutup pengukus dan kukus lagi selama 5 minit dengan api besar tanpa penutup. Cakar sedikit permukaan kuih agar lapisan seterusnya melekat dengan baik.
Lapisan Atas (Putih):
- 3 cawan santan pekat
- 1 cawan tepung beras
- 2 1/2 sudu besar tepung gandum
- 1 sudu kecil garam (biar sedikit masin untuk menyeimbangkan rasa manis)
Cara Membuat Lapisan Atas:
- Satukan semua bahan lapisan atas dalam mangkuk, kemudian tapis ke dalam periuk.
- Masak di atas api perlahan sehingga naik wap, sambil sentiasa kacau.
- Tuang adunan putih ke atas lapisan hijau yang telah siap dikukus tadi
- Kukus selama 20 minit menggunakan api sederhana.
- Selepas 20 minit, buka tutup pengukus dan kukus lagi 5 minit dengan api besar tanpa penutup.
No comments:
Post a Comment