Monday, May 25, 2026

Recipe - Brownies Cookies

 

   

Brownies Cookies

 Bahan Utama 
  • 350 g dark chocolate 
  • 40 g (3 sudu besar) mentega 
  • 2 biji telur + 1 biji kuning telur 
  • 2/3 cawan (150 g) gula kastor 
  • 1 sudu teh esen vanilla 
  • 1/4 cawan (35 g) tepung gandum 
  • ¼ sudu teh baking powder 

  1. Panaskan oven pada suhu 180 °C. 
  2.  Cairkan 200 g dark chocolate bersama mentega di atas air yang mendidih (kaedah double boiler). 
  3. Cincang kasar baki 150 g dark chocolate tadi dan ketepikan. 
  4. Pukul gula bersama telur dan esen vanilla sehingga kembang dan putih, dalam anggaran masa dalam 10-15 minit. 
  5. Masukkan tepung dan baking powder yang telah diayak ke dalam adunan telur. 
  6.  Masukkan pula coklat cair dan ketulan coklat yang dicincang. Kacau dengan spatula hingga sebati. Jangan sesekali menambah tepung kerana adunan memang lembik. 
  7. Rehatkan adunan selama 10 minit di dalam peti ais. 
  8.  Kautkan 1 sudu penuh doh ke atas loyang yang telah digriskan dengan mentega dan dilapik dengan kertas parchment. 
  9. Bakar di dalam oven selama 9-11 minit. 
  10. Angkat dan sejukkan di atas rak penyejuk. Biskut akan lembik ketika panas, tetapi akan mengeras apabila disejukkan.


No comments:

Post a Comment

Recipe - Brownies Cookies

      Brownies Cookies  Bahan Utama  350 g dark chocolate  40 g (3 sudu besar) mentega  2 biji telur + 1 biji kuning telur  2/3 cawan (150 g...